Jangan terlalu banyak berpolitik: MB

Ahmad Faizal melihat lakaran yang dibuat dengan beras pada majlis berkenaan, hari ini.
Ahmad Faizal melihat lakaran yang dibuat dengan beras pada majlis berkenaan, hari ini.
A
A
A

IPOH - Rakyat Perak diminta untuk tidak terlalu banyak berpolitik, sebaliknya bersatu membangunkan semula negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, musim untuk berpolitik sebenarnya telah selesai setelah berakhirnya PRU14 lalu.

"Hari ini kita terlalu banyak berpolitik. Selepas pilihan raya kita kena kembali bersatu.

"Kita tak seharusnya bercakaran di kedai-kedai kopi dan di media-media sosial kerana ini tak akan berjaya bangunkan negara," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri, di sini hari ini.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, sambutan Hari Belia kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik.

Malah, dengan tema Perpaduan 4.0 diharapkan agar rakyat di negeri ini kembali bersatu.

"Hari ini kita turut sampaikan anugerah kepada persatuan-persatuan serta beberapa anak muda yanng telah menunjukkan kualiti kepimpinan di Perak sepanjang 2018 dan 2019.

Artikel Berkaitan:

"Jangan terlalu banyak berpolitik selepas pilihan raya," katanya.