Petronas sahkan Mohd Anuar sah pegang jawatan sama

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Petronas hari ini menjelaskan bahawa Datuk Mohd Anuar Taib masih kekal dengan jawatannya sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan Huluan syarikat petroliam nasional tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, penjelasan itu sebagai menjawab laporan media tertentu yang mendakwa Mohd Anuar telah meninggalkan syarikat tersebut.

Sebaliknya, kata Petronas, Mohd Anuar hanya meletak jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah salah satu satu anak syarikat, Petronas Gas Berhad pada 28 Jun lepas.

"Atas kapasiti secara bebas, Petronas Gas Berhad yang juga subsidiari Petronas pada 28 Jun, 2019 dan mematuhi Syarat Penyenaraian Pasaran Utama, telah memaklumkan Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Mohd Anuar sebagai Pengerusi Petronas Gas Berhad, berkuat kuasa 1 Julai, 2019, seiring dengan usaha penyusunan semula dalaman Petronas yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 28 Feb, 2019,” kata kenyataan itu.

Berikutan langkah itu, Petronas Gas Berhad kini diterajui oleh Adif Zulkifli yang menyandang tugas sebagai Naib Presiden Eksekutif dan CEO Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan: