Kanada terima semula sampah 'dibuang' di Filipina

Sebuah kapal kargo berisi 69 kontena sampah yang dihantar pulang dari Filipina tiba di Deltaport di Tsawwassen, British Columbia, Kanada semalam. - Foto AFP
Sebuah kapal kargo berisi 69 kontena sampah yang dihantar pulang dari Filipina tiba di Deltaport di Tsawwassen, British Columbia, Kanada semalam. - Foto AFP
A
A
A

VANCOUVER - Bertan-tan sampah milik Kanada yang ditinggalkan di Filipina selama beberapa tahun tiba di negara asalnya semalam, mengakhiri ketegangan diplomatik yang memperlihatkan bagaimana negara Asia lelah menjadi tempat buangan sampah dunia.

Menurut wartawan AFP di lokasi, sebuah kapal kargo berisi 69 kontena sampah berlabuh di sebuah pelabuhan di pinggir Vancouver.

ARTIKEL BERKAITAN: 69 kontena berisi sampah dihantar balik ke Kanada

Pihak berkuasa tempatan berkata, sampah berkenaan akan dibakar di sebuah fasiliti menukar bahan buangan kepada tenaga.

Konflik bermula pada tahun 2013 dan 2014 apabila sebuah syarikat dari Kanada menghantar kontena yang dilabel sebagai plastik boleh dikitar semula ke Filipina.

Sebaliknya, penghantaran tersebut mengandungi campuran kertas, plastik, sisa elektronik dan isi rumah termasuk lampin pakai buang walaupun undang-undang Filipina melarang import campuran plastik dan sampah isi rumah.

Sebahagiannya dilupuskan di Filipina namun selebihnya tersimpan di pelabuhan tempatan selama beberapa tahun. - AFP

Artikel Berkaitan: