Penduduk mohon pasang lampu isyarat

Penduduk mohon lampu isyarat kerana tidak sanggup terpaksa membuat pusingan U dengan jarak yang jauh dari persimpangan taman.
Penduduk mohon lampu isyarat kerana tidak sanggup terpaksa membuat pusingan U dengan jarak yang jauh dari persimpangan taman.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Penduduk Taman Indah Sungai Udang di sini memohon pihak berwajib mengambil langkah keselamatan dengan memasang lampu isyarat di persimpangan taman berkenaan.

Pengerusi Taman Indah, Raja Azhar Raja Majid berkata, pemasangan lampu isyarat itu perlu memandangkan persimpangan tersebut satu-satunya laluan yang paling dekat bagi penduduk untuk membuat pusingan U.

“Pusingan U yang ada terlalu jauh iaitu empat kilometer dari persimpangan tersebut. Jadi kami terpaksa buat pusingan U di persimpangan itu sebab lagi dekat. “Kebanyakan penduduk di sini bekerja di sekitar pekan Sungai Udang malah di kawasan ini juga terdapat pasar raya, masjid dan sekolah yang memang dekat sahaja sekitar kawasan ini. Jadi buat apa nak pusing jauh-jauh,” katanya.

Menurutnya, oleh sebab itu penduduk berharap agar ada lampu isyarat dibina bagi mengelak bahaya terutama pada waktu puncak.

“Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah terpaksa berdepan perkara ini pada waktu pagi malah jalan di sini sesak disebabkan ramai penduduk perlu membelok dengan membuat pusingan U sebelum ke pekan Sungai Udang,” katanya.

“Masalah ini dah lama dah, sebelum pembinaan pembesaran lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) lagi,” katanya.

Raja Azhar mendakwa, beberapa aduan dan laporan telah diajukan penduduk kawasan terbabit namun pihak berwajib tidak memberi sebarang respons.

Penduduk, Sabariah Baharuddin, 44, berkata, dia pernah terlibat kemalangan di persimpangan itu disebabkan masalah sama.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia dilanggar sebuah kenderaan dari belakang yang memecut laju disebabkan ingin membuat pusingan U di persimpangan itu.

“Saya trauma, hampir setahun tak memandu. Kejadian berlaku disebabkan tiada langkah keselamatan termasuk lampu amaran dan papan tanda had laju dipasang di kawasan ini.

“Jadi, tiap kali nak lalu di kawasan ini memang takut dan kena berhati-hati bila nak keluar dari persimpangan ini,” katanya.