Abdul Fattah kekal Presiden Angkasa

Abdul Fattah (tengah) bersama barisan kepimpinan baru Angkasa selepas diumumkan mempertahankan jawatan pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa di Kuala Lumpur. FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Abdul Fattah (tengah) bersama barisan kepimpinan baru Angkasa selepas diumumkan mempertahankan jawatan pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa di Kuala Lumpur. FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Abdul Fattah Abdullah mengekalkan jawatan sebagai sebagai Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi tempoh tiga tahun akan datang selepas memenangi pemilihan Angkasa hari ini.

Beliau dinobatkan sebagai pemenang selepas mendapat 2,924 undi, menewaskan pesaingnya, Dr Mustapa Kamal Maulut yang mendapat 1,071 undi.

Manakala, jawatan naib presiden pula bertukar tangan dari Mohamad Azmi Omaruddin kepada Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selepas beliau memperoleh 1,728 undi, menewaskan enam lagi lawan termasuk penyandangnya.

Abdul Fattah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) telah memegang jawatan Presiden Angkasa sejak tahun 2013.

Keputusan tersebut diumumkan semasa sesi penutupan Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa (PKTA) Ke-34 yang akan diadakan Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Seramai 4,373 wakil-wakil sah dari 4,368 koperasi ahli Angkasa dari seluruh negara bersidang di PWTC semalam bagi memilih kepimpinan baru badan berkanun itu bagi tempoh tiga tahun mendatang.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Artikel Berkaitan: