Hadiah berharga dari TNB untuk kami

Roslan, Shaari dan Dr Afandi bergambar kenangan bersama penerima MyBF UTHM.
Roslan, Shaari dan Dr Afandi bergambar kenangan bersama penerima MyBF UTHM.
A
A
A

HAMPIR setiap daripada mereka hilang kata-kata, hiba dalam kegembiraan apabila keharuan membaluti perasaan kerana tidak menyangka TNB membolehkan mereka melangkah ke universiti tanpa ada kebimbangan dari segi kewangan sehingga tamat pengajian.

Mereka adalah penerima dermasiswa My Brighter Future (MyBF), satu anugerah luar biasa TNB kepada keluarga kurang berkemampuan untuk memastikan kesempitan hidup tidak menjejaskan peluang anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Dalam suasana kemudahan pelajaran penuh bersyarat masa kini, dermasiswa MyBF diperkenalkan tanpa permohonan dan proses temu duga, malah tiada bayaran balik untuk pengajian ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Ini sesuatu yang amat luar biasa!

No Image Caption

"Menerusi program My Brighter Future ini pelajar-pelajar yang menerima tajaan boleh memberi tumpuan kepada pelajaran, mencapai kejayaan dan akhirnya berupaya membawa diri dan keluarga kepada kehidupan yang lebih baik," kata Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

TNB berbelanja besar dalam bidang pendidikan khususnya dermasiswa, biasiswa dan pelbagai jenis pinjaman dengan keyakinan bahawa ia adalah cara paling berkesan dan berpanjangan untuk membantu mengeluarkan rakyat di negara ini daripada kancah kemiskinan.

Melalui Yayasan Tenaga Nasional (YTN), lebih RM1 bilion dibelanjakan oleh TNB sejak 1993 sebagai biasiswa dan pinjaman boleh ubah kepada 11,000 pelajar cemerlang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Penerima dermasiswa ini diberi tanpa perlu melalui proses yang ketat. Mereka ini terpilih daripada senarai e-kasih dan self-declaration form kepada pihak universiti. MyBF ini merupakan satu-satunya penajaan dermasiswa, tiada organisasi korporat lain yang memberi dermasiswa sebegini,” kata Pengarah Yayasan Tenaga Nasional, Datuk Dr. Shaari Md Nor.

Mulai tahun ini, dermasiswa MyBF pula ditawarkan kepada penuntut yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

No Image Caption

"Dermasiswa ini luar biasa kerana penerima tidak perlu membayar balik dan tidak terikat dengan kontrak. Bantuan kewangan yang TNB berikan ini sesuatu yang istimewa. Saya harap pelajar yang menerima dermasiswa ini bila tamat pengajian nanti menyumbang kembali kepada masyarakat,” kata Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad.

Dermasiswa ‘My Brighter Future’ adalah kesinambungan kepada komitmen TNB untuk memperkasa pendidikan di Malaysia dan membangunkan modal insan untuk negara.

Ia juga bagi meningkatkan modal insan untuk industri perbekalan elektrik negara yang telah dilaksanakannya menerusi YTN dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

INI REAKSI PENERIMA

"Pertama kali melihat surat tawaran MyBF, saya sangsi kerana saya tak ada buat sebarang permohonan. Tapi, selepas dapat penjelasan Yayasan Tenaga Nasional (YTN), saya sangat bersyukur. MyBF akan membantu sepanjang empat tahun pengajian di sini.” - Leong Kah Yau

No Image Caption

"Saya terpaksa tolak tawaran ke UTHM tahun lepas sebab masalah kewangan. Tahun ini saya kembali mendapat tawaran ke UTHM bersama surat pemberian dermasiswa TNB. Perasaan gembira tak dapat dibayangkan.” - R Hena Niesha Bella

"Dermasiswa TNB ini membantu saya untuk kos sara hidup dan belajar sepanjang pengajian. Pemberian dermasiswa MyBf ini mampu meringankan beban apabila tidak lagi perlu membuat pinjaman.” - Muhammad Adib Afham Abdullah

"Saya anak sulung daripada tujuh adik-beradik memikul tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh baik kepada adik-adik. Saya berazam tidak mensia-siakan dalam mencapai impian saya hingga ke peringkat PHD.” - Nur Hanis Suraya Noorsharimi