Suaram lapor polis, tidak puas hati siasatan kematian tahanan

Mazlan
Mazlan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Mohammad Alshatri Abdullah berhubung keterangan Pegawai Penyiasat dalam prosiding inkues melibatkan kematian tahanan dalam lokap pada tahun 2017.

Laporan itu dibuat Mohammad Alshatri pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan lanjut akan dibuat oleh pihak polis tanpa menjejaskan prosiding inkues yang sedang berjalan.

"Polis juga meminta kerjasama semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa sumber yang sahih kerana dikhuatiri mengganggu siasatan serta prosiding inkues yang sedang dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan: