X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah pusaka terselamat dari musnah

Anggota BBP Kota Tinggi ketika memadamkan kebakaran rumah di Jalan Melor Felda Air Tawar 2, kelmarin. Gambar kanan: Gambar dirakam penduduk ketika api mula membakar kediaman tersebut kelmarin.
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah rumah pusaka di Jalan Melor, Felda Air Tawar 2 di sini nyaris musnah dalam kebakaran berlaku kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu disedari jiran mangsa yang terlihat kepulan asap dari atas bumbung rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, seramai 17 anggota dengan tiga buah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, beliau difahamkan rumah berkenaan tidak berpenghuni namun terdapat anak pemilik rumah yang tinggal di kampung sama kerap menjenguk kediaman orang tuanya yang telah meninggal dunia itu.

"Jiran mangsa yang baharu pulang dari solat Jumaat menyedari asap sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan 999.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi terdapat kebakaran rumah jenis separuh kekal terbakar di bahagian hadapan sebanyak 40 peratus," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, kehadiran pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan kediaman tersebut dari musnah keseluruhannya.

Jelasnya, kebakaran itu juga tidak melibatkan barangan yang terdapat di ruang hadapan rumah tersebut di mana yang terjejas hanya melibatkan bahagian struktur serta syiling rumah.

Katanya, siasatan mendapati kebakaran dipercayai bermula dari tempat soket yang dipasang plug secara bersambung-sambung.

"Bagaimanapun punca kebakaran masih dalam siasatan begitu juga jumlah kerugian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba berjaya menamatkan operasi pada jam 3.46 petang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!