Penagih dadah perlu dirawat bukan dihukum

Dr Afif
Dr Afif
A
A
A

SEBERANG JAYA - Saranan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk tidak melihat penagih dadah sebagai penjenayah adalah satu langkah yang tepat pada masanya.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, langkah itu bertepatan dengan semangat reformasi kerajaan Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baru yang lebih holistik dan inklusif di setiap lapisan masyarakat.

"Saya berpendapat kaedah pengurusan pencegahan dan pembasmian dadah selama ini sudah tidak sesuai digunapakai memandangkan ianya gagal membanteras gejala penyalahgunaan dadah yang bukan saja bertambah buruk tetapi semakin parah apabila ramai mereka yang terjebak adalah di kalangan anak muda.

"Kolaborasi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan juga dilihat sebagai satu usaha dan langkah yang harus dipuji dan disokong oleh rakyat Malaysia secara keseluruhan," katanya di sini.

Dr Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan berkata, pihaknya menyokong penuh langkah ini dan ia bersesuaian dengan era Malaysia Baru sekali gus membantu usaha kerajaan dalam mencari solusi terbaik membanteras dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

"Sebagai seorang doktor, saya juga bersetuju dengan pandangan kementerian yang mengklasifikasikan penagih dadah sebagai pesakit yang perlu dirawat dan bukan sebagai seorang penjenayah yang harus dihukum," katanya.

Artikel Berkaitan: