Berita remaja dipukul meninggal dunia palsu

(Noorman (kiri) ketika bertemu dengan mangsa (dua kiri) di kediamannya, semalam.
(Noorman (kiri) ketika bertemu dengan mangsa (dua kiri) di kediamannya, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Berita kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan menjadi mangsa pukul dua rakannya di Taman Setia Indah, di sini, baru-baru ini adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengerusi Belia 4B Tebrau, Noorman Kamsani yang mendakwa dirinya sendiri telah bertemu dengan mangsa tersebut di kediamannya, semalam.

“Saya telah berjumpa sendiri dengan mangsa pergaduhan yang didakwa turut mengalami kekejangan otot di kediamannya.

“Ingin saya tegaskan, mangsa masih lagi sihat dan belum meninggal dunia. Cuma terdapat kesan lebam dan dan pendarahan di dalam mata kanannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sehubungan itu, Noorman berharap, spekulasi berhubung kematian remaja itu dapat dihentikan selain masyarakat tidak mudah menuding jari hanya dengan melihat sesuatu maklumat tular.

“Perkara mengatakan mangsa ini sudah meninggal dunia haruslah dihentikan segera, kes ini sudah pun di bawah siasatan polis.

Berita kematian mangsa berkenaan yang mulai tular di laman Twitter, semalam.
Berita kematian mangsa berkenaan yang mulai tular di laman Twitter, semalam.

“Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sebaiknya. Kita juga tidak perlu mencari siapa salah dan siapa yang betul. Biar perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kutuk-mengutuk punca gaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja dipukul 2 rakan terima rawatan pesakit luar

Terdahulu, maklumat mengatakan mangsa meninggal dunia mula tular di laman Twitter dikatakan akibat organ dalamannya yang cedera parah.

Khamis lalu, polis memaklumkan isu kutuk-mengutuk sesama sendiri dipercayai menjadi motif remaja lelaki dipukul dua lagi remaja dalam satu kejadian di Taman Permainan Taman Setia Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua lagi remaja yang bertindak memukul mangsa adalah berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, polis kemudiannya bertindak menahan dua remaja yang memukul mangsa selepas mangsa membuat laporan sehari selepas kejadian berlaku.