KTM tambah dua lagi perkhidmatan ETS

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah dua lagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) bagi laluan Stesen Kuala Lumpur Sentral (KLS) dan Stesen Butterworth Pulau Pinang berkuatkuasa 16 Julai depan.

KTM dalam satu kenyataan hari ini berkata, penambahan itu melibatkan tren ETS No. 9120 dari KLS ke Butterworth dan tren ETS No. 9107 bagi destinasi sebaliknya.

Kenyataan sama turut memaklumkan perubahan jadual melibatkan waktu pengoperasian ETS sehingga 31 Oktober.

“Perubahan itu melibatkan waktu berlepas dan ketibaan tren untuk memastikan perkhidmatan ETS tidak terjejas ekoran pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang sedang rancak dijalankan.

“Tiket-tiket bagi jadual baharu itu akan mula dijual mulai jam 10 pagi, 2 Julai nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan jadual itu melalui laman sesawang www.ktmb.com.my atau saluran media baharu rasmi KTMB di Facebook KTM Berhad, Instagram ktmbofficial, Twitter @ktm_berhad atau melalui Pusat Panggilan KTMB di 03-22661200.

Artikel Berkaitan: