Tentera Myanmar tolak gesaan siasatan penuh ICC

Bensouda mahu meminta hakim ICC membuka siasatan penuh ke atas isu kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk Rohingya.
Bensouda mahu meminta hakim ICC membuka siasatan penuh ke atas isu kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk Rohingya.
A
A
A

YANGON - Tentera Myanmar semalam menolak gesaan pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk siasatan penuh terhadap jenayah yang dilakukan ke atas penduduk Islam Rohingya.

Pada September lalu, Fatou Bensouda melancarkan siasatan awal terhadap operasi ketenteraan pada 2017 yang memaksa kira-kira 740,000 penduduk etnik minoriti melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Beliau mendapati tentera telah membakar kampung, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan merogol penduduk Rohingya.

Kelmarin, Bensouda berkata, beliau akan mengemukakan isu itu ke peringkat seterusnya untuk meminta hakim ICC membuka siasatan penuh.

Sebelum ini, mahkamah tersebut memutuskan ia mempunyai bidang kuasa ke atas kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya walaupun Myanmar bukan anggota ICC.

Yangon bagaimanapun menolak keputusan ICC tersebut.

“Tentera dan kerajaan tidak mengabaikan isu tersebut dan cuba mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan pelanggaran tersebut. Kami mempunyai jawatankuasa siasatan sendiri dan ICC perlu hormati apa yang kami lakukan,” kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral, Zaw Min Htun. - AFP

Artikel Berkaitan: