Bursa Malaysia tinggi minggu depan

No Image Caption
A
A
A

SAHAM - saham di Bursa Malaysia dijangkakan dalam aliran harga meningkat minggu depan disebabkan aktiviti memperelok akaun menjelang akhir tahun, kata penganalisis.

Beliau berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangkakan meningkat ke paras 1,700 mata minggu depan, daripada 1,670.28 pada paras semasa.

“Bagaimanapun, masih terdapat risiko penurunan berdasarkan sentimen pasaran serantau yang lemah ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid bagaimanapun mempunyai padangan yang lebih konservatif ke atas FBM KLCI, dengan mengunjurkannya berlegar pada paras sokongan semasa pada 1,653.

Beliau berkata, dana tempatan dijangkakan mula melaksanakan aktiviti memperelok akaun minggu depan, namun dagangan dijangkakan masih dalam sentimen berhati-hati.

"Jangkaan peningkatan kadar US pada tahun depan mungkin akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi itu, dan akan menggembirakan ekonomi global memandangkan pengetatan kewangan akan mengambil sedikit masa untuk memberi impak kepada ekonomi sebenar," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI menunjukkan prestasi buruk disebabkan oleh penurunan mendadak saham AS, berikutan sentimen peserta pasaran yang berhati-hati disebabkan tanda-tanda ekonomi global yang perlahan dan keputusan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Pada asas Jumaat-Jumaat, penanda aras FBM KLCI menambah 8.32 mata kepada 1,670.28.

Artikel Berkaitan:

Indeks FBM Emas menyusut 48 mata kepada 11,371.11, Indeks FBMT100 turun 28.51 mata kepada 11,289.02, FBM 70 merosot 367.17 mata kepada 12,826.39, Indeks FBM Emas Shariah turun 29.61 mata kepada 11,318.67 dan FBM Ace turun 131.50 mata kepada 4,258.61.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 214.22 mata kepada 17,143.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.33 mata kepada 165.47, manakala Indeks Perladangan meningkat 162.60 mata kepada 6,810.26.

Perbandingan Jumaat ke Jumaat, menyaksikan jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 9.57 bilion unit bernilai RM8.45 bilion daripada 9.21 bilion unit bernilai RM7.85 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.62 bilion unit bernilai RM7.93 bilion daripada 6.47 bilion unit bernilai RM7.30 bilion.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.70 bilion unit bernilai RM384.90 juta daripada 1.74 bilion unit bernilai RM400.27 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.01 bilion saham bernilai RM137.63 juta daripada 997.58 juta saham bernilai RM153.66 juta sebelumnya. - Bernama