Zahid Hamidi jumpa UMNO Sungai Petani

Ahmad Zahid bersama keluarga Shahanim sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani di Bandar Laguna Merbok.
A
A

SUNGAI PETANI - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketua Umno Bahagian Sungai Petani di Bandar Laguna Merbok hari ini.

Majlis yang sederhana tetapi meriah itu dianjurkan di kediaman Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dengan kehadiran ahli UMNO serta kepimpinan negeri dan pusat.

Shahanim berkata, kehadiran Ahmad Zahid telah memberi semangat baharu kepada akar umbi untuk terus berjuang memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tetap kental biarpun berdepan pelbagai pertuduhan di mahkamah.

"Kami di peringkat UMNO Sungai Petani tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ahmad Zahid dan yakin beliau tidak bersalah sehinggalah disabitkan kesalahan," katanya.

Ahmad Zahid bersama UMNO Sungai Petani serta barisan kepimpinan parti itu.
Ahmad Zahid bersama UMNO Sungai Petani serta barisan kepimpinan parti itu.

Ahmad Zahid tiba ke kediaman Shahanim kira-kira 2.15 petang sebelum menikmati hidangan juadah hari raya yang disediakan bersama kepimpinan parti itu.

Hadir sama Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noriza Abd Rahim, Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua UMNO Merbok, Anuar Ahmad dan Ketua Wanita MCA Sungai Petani, Linda Yee Mei Nah.

Turut memenuhi undangan berkenaan, ADUN Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim dari Pas.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di Masjid Al-Majidi Sungai Layar untuk menunaikan solat Jumaat kira-kira jam 1 tengah hari.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia