CIMB Pendang tutup bagi tujuan penyelarasan

Keratan akhbar Sinar Harian semalam.
Keratan akhbar Sinar Harian semalam.
A
A
A

PENDANG - Penutupan CIMB Bank cawangan Pendang adalah bertujuan untuk kerja-kerja penyelarasan rangkaian cawangan bank berkenaan.

Jurucakap untuk CIMB Bank Berhad berkata, pihaknya sentiasa prihatin terhadap keperluan perbankan pelanggan CIMB.

Katanya, urusan perbankan berkaitan CIMB Bank masih boleh didapati di satu mesin pengeluaran dan deposit tunai (CRM) dan satu mesin pengeluaran wang (ATM) di stesen minyak Petronas Ahmad Shafie.

"Stesen petronas berkenaan hanya terletak 6km daripada lokasi asal bank yang ditutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pelanggan juga boleh layari CIMB Clicks (https://www.cimbclicks.com.my) bagi pelbagai perkhidmatan perbankan dalam talian, atau mengakses aplikasi perbankan CIMB EVA pada bila-bila masa, iaitu 24 jam sehari.

"Pelanggan tidak perlu membuang masa, tenaga dan kos parkir kerana pelbagai perkhidmatan perbankan boleh dilakukan di atas talian, di mana-mana sahaja," ujarnya.

Bagi pelanggan yang masih ada kemusykilan, CIMB Bank juga boleh dihubungi pada bila-bila masa, 24 jam sehari, di talian 03-6204 7788.

Semalam, Sinar Harian ada melaporkan berkaitan penutupan CIMB Bank bagi cawangan Pendang.

Artikel Berkaitan: