Hilangkan lemak dengan air asam gelugur

Asam gelugur mampu menurunkan berat badan.
Asam gelugur mampu menurunkan berat badan.
A
A
A

TAHUKAH anda bahawa asam gelugur atau asam keping kaya dengan Hydroxy Citric Acid atau HCA sangat membantu dalam mengekang nafsu makan? Ia dipercayai mempercepat penguraian lemak dalam tubuh.

HCA bertindak menghalang perubahan makanan bergula dan karbohidrat berubah menjadi lemak. Selain dapat meningkatkan serotonin yang mampu mengurangkan selera makan, asam keping menurunkan berat badan dan mengempiskan lemak di perut.

Buat wanita yang mahu menurunkan berat badan, jom minum air rebusan asam gelugur ini! Pasti ia mujarab.

Caranya:

- Cuci satu atau dua keping asam gelugur.

- Masukkan dalam segelas air panas.

- Biar beberapa jam sehingga asam keping kembang dan suam.

- Minum setiap pagi dan malam

- Jika diamalkan selalu, insya-ALLAH perut buncit akan kempis

#Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: