Ladang satelit NCER tingkatkan ekonomi peladang

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Bagi meningkatkan pendapatan ekonomi dalam kalangan peladang, ladang kontrak berteknologi tinggi akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) untuk menjana pulangan lebih baik.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berkata, pihaknya akan memperkenalkan model perniagaan syarikat peneraju yang dipacu oleh sektor swasta sebagai ladang nukleus yang menawarkan ladang satelit dengan aspek latihan teknikal dan strategik untuk meningkatkan aktiviti pertanian dalam matlamat untuk pembelian semula hasil atau produk terbabit.

“Pelaksanaan model ladang kontrak itu akan memberi kelebihan kompetitif kepada peladang dari segi perladangan pintar serta tepat yang membawa kepada amalan dan hasil tani yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, jenama dan kehadiran syarikat-syarikat peneraju itu akan menyediakan peluang pelaburan baharu bagi memperkasakan semula sektor pertanian.

“Ia juga akan mewujudkan kesan limpahan untuk komuniti khususnya menerusi peningkatan agropelancongan yang menyokong pendapatan komuniti peladang,” katanya.

Mesyuarat Majlis NCIA Ke-21 dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya semalam.
Mesyuarat Majlis NCIA Ke-21 dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya semalam.



Menurutnya, NCIA perlu bergerak secara progresif ke arah usaha mentransformasi sektor pertanian dalam NCER menerusi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang membabitkan penerapan pertanian digital menerusi ketetapan pertanian berteraskan bantuan data besar serta penambahbaikan aspek mekanisasi.

Issace John berkata, penyelidikan dan pembangunan terkini (R&D) akan membolehkan petani mendapat manfaat daripada hasil yang lebih tinggi dan pengurusan ladang yang lebih baik dengan penerapan teknologi.

Pelan pembangunan dan strategik NCER itu telah dibincangkan pada Mesyuarat Majlis NCIA Ke-21 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya semalam.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Turut menghadiri mesyuarat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.