Kapal bersauh tanpa kebenaran ditahan

Kapal yang ditahan dipercayai bersauh tanpa kebenaran di perairan Melaka semalam.
Kapal yang ditahan dipercayai bersauh tanpa kebenaran di perairan Melaka semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal dagang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 2.8 batu nautila Barat Daya, Bandar Hilir di sini semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Amran Daud berkata, penahanan tersebut dilakukan sewaktu pihaknya sedang melaksanakan rutin operasi harian dan mendapati terdapat kapal bersauh tanpa kebenaran di perairan Melaka.

Menurutnya, kapal terbabit ditahan lebih kurang jam 7 petang setelah gagal menunjukkan dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Jabatan Laut.

"Dalam pada itu tiga kru kapal diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

"Sekiranya, didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Tambahnya, kapal berkenaan telah berdaftar di Port Klang dan siasatan lanjut kes terbabit sedang dilakukan mengikut Seksyen 491B (1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Artikel Berkaitan: