Pekerja Malaysia dibayar gaji tak setimpal?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar produktiviti kerja yang terdapat hari ini menunjukkan pekerja Malaysia dibayar dengan gaji yang tidak sewajarnya.

Pakar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, semua pihak tidak seharusnya melihat unsur produktiviti semata-mata.

Menurutnya, beliau membawa satu data di mana laporan Bank Negara membincangkan apakah kadar upah yang diperolehi oleh pekerja-pekerja Malaysia hari ini.

"Sebenarnya terdapat isu yang menarik dalam konteks penggajian atau kadar upah ini.

"Produktiviti boleh meningkat apabila seorang pekerja diberikan kelengkapan yang secukupnya," katanya dalam Wacana Siri Ke-113 bertajuk Ekonomi Malaysia: Apa sudah jadi yang diadakan di Dewan Karangkraf semalam.

Noor Azlan turut mempersoalkan adakah mereka diberi ganjaran yang sewajarnya.

Jelasnya, itu merupakan satu persoalan yang besar isunya termasuklah aspek penawaran, latihan, universiti, insitut kemahiran termasuklah isu dari industri yang lebih perlu diperseimbangkan.

"Dalam aspek ekonomi, kakayaan, pendapatan negara hanya 35 peratus agihan pergi kepada pekerja manakala 65 peratus lagi akan pergi kepada empunya modal.

Artikel Berkaitan:

"Dalam konteks penghasilan kerja yang baik, saya tidak menafikan industri mempunyai peranan, tetapi kita tidak melihat peringkat sekolah dan universiti.

"Cuba ubah pandangan terhadap sistem pendidikan yang awal adakah kita menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai karakter," katanya.