Keajaiban kejuruteraan Heathrow

A
A
A
BEBERAPA hari lalu, penulis menerima e-mel istimewa daripada Heathrow Airport Expansion Consultation (HAEC). Emel bertarikh 19 Jun 2019 itu bertulis Have your say on the expanded Hearthrow of the future.

Penulis agak hairan kerana Britain yang sejak dahulu sering mendabik dada kononnya mereka penguasa bumi kini mula meminta pandangan daripada ramai pihak. HAEC menjelaskan Lapangan Terbang Heathrow telah mengeluarkan imej dan video tentang pelan perancangan dan pengembangan serta memohon pandangan semua pihak termasuk penulis untuk memikirkan apakah yang perlu mereka lakukan bagi menghasilkan sebuah lakaran kejuruteraan lapangan terbang canggih dan moden.

Penulis diminta memperisakan lagi pelan perundingan pelan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow dan menghantar cadangan tersebut sebelum 13 September 2019. Penulis rasa teruja untuk memberikan pandangan meskipun datang dari negara jajahan British. Malaysia kini sebenarnya ialah sebuah negara yang hebat. Setidak-tidaknya inilah pendirian penulis.

Keperluan perancangan susun atur pembangunan baharu lapangan terbang, sistem pengendalian, penilaian impak alam sekitar dan cadangan mitigasi terbaik adalah di antara skop perundingan yang diperlukan dalam membentuk masa depan Lapangan Terbang Heathrow.

Lapangan Terbang Heathrow yang dianggap antara yang terbaik dunia terletak di London Borough of Hilingdon. Ia mula beroperasi pada 1929 atas tanah seluas 60 hektar. Dianggap antara lapangan terbang paling sibuk di dunia dengan anggaran 70 juta pengunjung setiap tahun melibatkan lebih 90 destinasi di seluruh dunia.

Dalam hal ini, penulis teringatkan angka 2020. 2020 ialah angka keramat bahawa Malaysia akan menjadi negara maju. Namun, belum pun jendela 2020 menjengah, London lebih awal dengan perancangan menjadikan Lapangan Terbang Heathrow yang paling canggih di dunia. Tindakan menjemput semua pakar pelbagai bidang kejuruteraan dan pengurusan daripada seluruh pelosok dunia untuk membantu dan memberi pandangan melalui sistem perundingan ‘online’ bagi menampung peningkatan pengguna yang meningkat setiap hari. Sistem pengangkutan udara ialah antara sistem pengangkutan terpantas untuk masa depan masyarakat dunia, selain kereta api laju elektrik.

Sistem kejuruteraan pengangkutan canggih akan mempercepatkan perjalanan manusia. Sistem maklumat dan komunikasi memudahkan masyarakat dunia berhubung antara satu dengan lain tanpa mengira faktor jarak. Dalam tempoh singkat, maklumat lebih cekap mampu membawa kita ke mana sahaja.

Dalam Ayat Al-Mulk [67:19], ALLAH menegaskan yang bermaksud: “Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.”

Pengangkutan bermula dengan menggunakan haiwan seperti kuda, unta, kerbau dan lembu untuk membawa beban dari satu tempat ke satu tempat. Kejuruteraan perhubungan pengangkutan kini menjadi semakin canggih, sehingga membolehkan manusia meneroka ke planet lain.
Artikel Berkaitan:


Dengan mengambil semangat Heathrow, penulis menyarankan ilmu kemahiran kejuruteraan penerbangan ini dikomersialkan dengan segera di Malaysia sebagaimana pesanan ALLAH terhadap kepentingan pengangkutan udara bagi keperluan manusia pada masa akan datang yang tertera dalam Surah Al-An'aam [6:38-39] bermaksud: “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”

Penulis tahu lapangan terbang ialah antara monumen terpenting bagi memberikan gambaran awal kepada semua warga asing yang kali pertama melawat sesebuah negara.

Misalnya pada 1998 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali pertama. Ramai warga asing meluahkan rasa kagum melihat keindahan binaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kini, Britain sudah mula mengorak langkah. Penulis dapat merasakan Britain sudah mula rasa tertinggal dan mahu kembali menjadi kuasa penerbangan nombor satu di dunia.Lapangan Terbang Heathrow dianggap antara yang terbaik dunia terletak di London Borough of Hilingdon."