Nama saya Google...

Andi bersama anaknya bernama Google
Andi bersama anaknya bernama Google
A
A
A

INDONESIA - Pasangan suami isteri dari Indonesia, memilih Google untuk bayi lelaki mereka.

Andi Cahya Saputra, 31 tahun, dan isterinya Ella Karina, 27 tahun yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia menyambut kelahiran bayi baru mereka ‘Google’ pada 30 November 2018.

Nama unik itu kata Andi hanya satu perkataan sahaja iaitu Google.

Andi memberitahu portal Kompas bahawa nama yang diilhamkan berdasarkan nama berkaitan teknologi terlintas difikirannya apabila isterinya hamil pada usia kandungannya mencecah tujuh bulan.

Bagaimanapun, Andi mengalami kesukaran untuk mengecilkan skop nama itu daripada senarai nama pilihannya yang panjang sehingga hampir ke saat bayi lelakinya ini dilahirkan.

Andi memberitahu, dia memiliki senarai nama untuk anaknya seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan banyak lagi.

“Dari segi agama, kami patut memilih nama dalam kalangan para nabi, dan daripada nama yang lebih biasa, kami juga memikirkan nama Albar Dirgantara Putra,” tambahnya.

Bagaimanapun, apabila bayi lelaki itu dilahirkan, Andi memutuskan bahawa tiada nama biasa yang sesuai untuk anaknya selain Google.

Artikel Berkaitan:

Ternyata keputusan Andi ditentang ahli keluarga termasuk isteri dan bapanya.

Namun Andi bertegas, nama Google mempunyai erti makna yang hebat dan berharap anaknya itu dapat membantu orang ramai serta menjadi insan berguna kepada masyarakat.

Kini Google sudah berusia tujuh bulan dan nama Google juga semakin diterima oleh ibunya, Ella.

“Saya berharap anak saya akan menjadi pemimpin yang membawa kebaikan dengan memimpin orang lain,” kata Ella kepada Kompas.