Pemeriksaan rawak dapati majikan tidak patuhi gaji minimum

M Kulasegaran bersama Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Tan Sri Azman Shah Haron dan Pengarah Urusan Satake Technologies Sdn Bhd Datuk J Palaniappan (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto: Bernama
M Kulasegaran bersama Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Tan Sri Azman Shah Haron dan Pengarah Urusan Satake Technologies Sdn Bhd Datuk J Palaniappan (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemeriksaan secara rawak oleh Kementerian Sumber Manusia meliputi 274 majikan di seluruh negara baru-baru ini mendapati bahawa hampir 30 peratus daripada mereka tidak mematuhi perintah gaji minimum RM1,100.

Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran berkata dapatan itu mengejutkan dan ia dijalankan secara rawak dari Perlis ke Tawau di Sabah.

"Pemeriksaan melibatkan 3,207 pekerja dan 43 majikan. Kebanyakan mereka adalah pemilik kedai makanan kecil dan perniagaan tekstil," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Kula Segaran berkata, majikan diberi nasihat dan tempoh selama sebulan. Pada lawatan kedua jika majikan masih tidak mematuhi perintah gaji minimu, tindakanm akan diambil terhadap mereka.

Ketika ditanya mengenai alasan majikan tidak mematuhi perintah gaji minimum, beliau berkata beberapa sesetengah pekerja tidak mahu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Bermula Januari tahun ini, gaji minimum ditetapkan pada RM1,100 dan diseragamkan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Mengenai menerima pakai konvensyen mengenai keganasan dan gangguan di tempat kerja, Kula Segaran berkata kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Sumber Manusia telah berkecuali dalam pengundian.

Ini berdasarkan beberapa sebab termasuk kerajaan tidak boleh menghadapi konflik kepentingan dengan pihak-pihak berkepentingan iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), katanya.

Pengundian untuk perjanjian antarabangsa itu dijalankan pada Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva pada 21 Jun lepas. -Bernama

Artikel Berkaitan: