Resort Harapan untuk warga emas terbiar

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri akan mewujudkan Resort Harapan bagi menempatkan warga emas terbiar dan disisih keluarga menjelang Januari tahun hadapan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, usaha berkenaan akan dilaksanakan kerajaan negeri bersama pihak swasta turut bertujuan membantu keluarga yang tidak berkemampuan menjaga golongan berkenaan.

Menurutnya, pelaksanaan itu sebagai satu daripada pelan pembangunan jangka pendek yang akan diusahakan secara bersama oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi perbincangan sedikit masa lagi.

"Kita mencadangkan sebahagian daripada warga emas yang ditempatkan di Resort Harapan itu ditanggung dengan menggunakan wang zakat manakala selebihnya akan ditanggung oleh anak atau ahli keluarga mereka yang berkemampuan.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri menerusi jabatan, agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bekerjasama dengan pihak swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menambah baik pengurusan warga emas di negeri ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Seri Negeri di sini hari ini.

Adly berkata, beberapa premis milik kerajaan negeri sudah dikenal pasti untuk dijadikan resort berkenaan dan pada masa sama, pihaknya turut berusaha mencari tapak sesuai bagi membina bangunan kekal.

Katanya, menerusi pembinaan resort terbabit, tiga peranan utama akan diberi perhatian kepada warga emas iaitu kesihatan, kebajikan serta pendidikan.

"Dianggarkan pada tahun 2023, Melaka akan menjadi `negeri tua' dengan bilangan warga emas mencecah 15 peratus bersamaan kira-kira 150,000 orang berbanding 920,000 jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat, sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan rumah penjagaan warga emas," katanya.