Polis tahan dua lelaki ditahan miliki pelbagai dadah

Dadah dipercayai heroin dan methamphetamine ditemui pada kedua-dua suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Langkap semalam.
Dadah dipercayai heroin dan methamphetamine ditemui pada kedua-dua suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Langkap semalam.
A
A
A

TELUK INTAN - Dua lelaki ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampar, Langkap di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, suspek berusia 45 dan 49 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah sekitar jam 5 hingga 5.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan menemui 152.32 gram dadah disyaki heroin dan 0.86 gram methampethamine bernilai RM7,745.

"Tangkapan pertama suspek menjumpai heroin seberat 111.58 gram yang dipegangnya serta heroin (15.1 gram) dan methampethamine (0.19 gram) pada poket suspek.

Dadah dipercayai heroin dan methamphetamine ditemui pada kedua-dua suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Langkap semalam.
Dadah dipercayai heroin dan methamphetamine ditemui pada kedua-dua suspek dalam serbuan di sebuah rumah di Langkap semalam.

"Siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk dipasarkan sekitar daerah itu serta Bagan Datuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Marzukhi berkata, suspek kedua ditahan di lokasi yang sama dan menemui 25.64 gram heroin serta 0.67gram methamphetamine pada poket seluarnya.

"Polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR dianggarkan bernilai RM2,000.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dan hasil siasatan mendapati mereka mempunyai rekod lampau dalam kes dadah," katanya.

Katanya, ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif morfin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.