Perak mahu teroka peluang perdagangan di Bangladesh

Mohammad Nizar dan Md Shahidul (kanan) pada program berkenaan.
Mohammad Nizar dan Md Shahidul (kanan) pada program berkenaan.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri bakal meneroka peluang perdagangan baharu di Bangladesh dalam usaha mewujudkan pelaburan baharu di negara berkenaan.

Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, antara pelaburan yang dilihat berpotensi di negara berkenaan adalah dari segi pembangunan infrastruktur selain produk-produk tekstil serts elektronik.

"Kita dapati banyak peluang pelaburan yang boleh dilaburkan di Bangladesh dan saya melihat ini sebagai peluang kita untuk melabur di sana.

"Selain produk tekstil dan elektronik, Bangladesh juga menjadi pembekal utama bagi produk seramik, makanan laut, sayur-sayuran, pengeluaran produk petroleum yang ditapis serta produk makanan proses," katanya di sini,hari ini.

Mohammad Nizar berkata demikian pada sidang media sempena 'The Branding Bangladesh Talk and Roadshow' di Hotel Weil hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, Md Shahidul Islam.

Sementara itu dalam ucapannya, Mohammad Nizar berkata, Malaysia sebenarnya adalah salah satu pelabur terbesar di Bangladesh.

Katanya, hubungan dua hala antara negara berkenaan menunjukkan perkembangan yang baik sejak tiga tahun lalu dan sekali gus merekodkan dagangan berjumlah RM5.94 billion berbanding RM4.46 billlion pada 2016.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu eksport to ke Bangladesh merekodkan RM5.15 bilion pada 2016 manakala import dari Bangladesh pula merekodkan RM0.79 billion yang melibatkan perkembangan bagi produk-produk tekstil.

"Berdasarkan statistik ini, ia jelas menggambarkan Malaysia dan Bangladesh saling bekerjasama dalam usaha membangunkan negara masing-masing menerusi peningkatan ekonomi," katanya.