Maqis Kelantan tumpas penyeludupan haiwan, tumbuhan RM1.13 juta

Mohd Azam menunjukkan sebahagian daripada ikan hiasan yang dirampas.
Mohd Azam menunjukkan sebahagian daripada ikan hiasan yang dirampas.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup haiwan dan tumbuhan berjumlah RM1.13 juta sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Maqis negeri, Mohd Azam Yahya berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara agensi kawalan sempadan dan pihak berkuasa Thailand.

"Sepanjang tempoh itu, lembu menjadi penyumbang hasil tangkapan tertinggi diikuti tumbuhan dan lain-lain.

"Kita jangkakan aktiviti menyeludup lembu akan bertambah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha nanti namun pihak kami serta agensi penguatkuasaan sempadan akan terus membanteras kegiatan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maqis Wilayah Timur di Rantau Panjang hari ini.

Menurutnya, terbaharu hasil kerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (AM) Batalion 7 Kuantan sebanyak 1,465 ikan hiasan pelbagai jenis telah berjaya dirampas.

No Image Caption

Katanya, kesemua spesis ikan itu dibawa masuk dari negara jiran menggunakan pangkalan haram Lubok Gong semalam.

Artikel Berkaitan:

"Antara spesis yang berjaya dirampas ialah ikan laga, Flower Horn dan Nemo.

"Kesemua rampasan ini dianggarkan bernilai RM93,100," katanya.

Mohd Azam (kiri) bersalaman dengan anggota penguatkuasaan dari Thailand yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maqis Wilayah Timur di Rantau Panjang.
Mohd Azam (kiri) bersalaman dengan anggota penguatkuasaan dari Thailand yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maqis Wilayah Timur di Rantau Panjang.

Mohd Azam berkata, perbuatan mengimport ikan hiasan tanpa permit yang dah dari Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Katanya, spesis Flower Horn termasuk dalam senarai ikan yang dilarang import sebagaimana termaktub dalam Akta Perikanan 1985.

"Kita akan terus berpadu tenaga dengan agensi penguatkuasa di sempadan dalam membanteras aktiviti kegiatan penyeludupan," katanya.