Pencemaran udara: Guru sedia bahan pembelajaran alternatif

- Foto Bernama
- Foto Bernama
A
A
A

PASIR GUDANG: Guru di kawasan terjejas akibat pencemaran udara telah menyediakan bahan pembelajaran alternatif melalui platform media sosial untuk pelajar-pelajarnya.

Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata usaha itu bagi memastikan pelajar tetap meneruskan pembelajaran.

"JPN Johor sangat prihatin terhadap kelangsungan pembelajaran murid yang terkesan akibat pencemaran udara di Pasir Gudang ekoran keputusan semua institusi pendidikan ditutup sehingga hari ini.

"Bagi memastikan pembelajaran murid dapat dijalankan secara berterusan, guru-guru telah menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif melalui pelbagai media sosial.

"Bahan pembelajaran ini disediakan untuk memastikan murid masih dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, buku teks, buku latihan, buku aktiviti serta modul-modul sedia ada yang dibina oleh guru juga dijadikan sebagai bahan untuk murid belajar di luar sesi persekolahan formal.

Selain itu katanya, sekolah juga perlu menyediakan jadi ganti selepas insiden pencemaran.

"Ibu bapa dan penjaga boleh memantau dan membimbing murid-murid sepanjang tempoh sekolah ditutup supaya mereka masih dapat meneruskan proses pembelajaran di rumah.

Artikel Berkaitan:

"JPN Johor juga telah mengambil inisiatif dengan memastikan sekolah menyediakan jadual ganti terancang selepas insiden bencana agar peruntukan masa instruksional (belajar) setahun dipenuhi sebagaimana ketetapan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7, 8 dan 9 tahun 2016," katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat sekolah yang tidak terjejas khususnya di daerah Johor Bahru menerima murid kelas peperiksaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah tersebut sebagai satu langkah khidmat sokongan kepada murid yang terjejas akibat bencana.