Pelawak terkenal terlibat kes gaduh ditahan

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK terkenal tanah air ditahan bersama dua rakannya selepas terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras di sini sekitar jam 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed berkata, pelawak berusia 41 itu turut diarah menjalani ujian saringan air kencing susulan penemuan paket berisi dadah dari salah seorang suspek wanita yang juga kenalan pelawak terbabit.

Menurutnya, ujian saringan berkenaan mendapati pelawak itu positif ganja.

"Polis sebelum itu menerima laporan berhubung kes pergaduhan dalam hotel itu sebelum bergegas ke lokasi.

"Pelawak senior terbabit ditahan bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia 35 dan 25 tahun di lobi hotel berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mokhsein berkata, siasatan mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

Artikel Berkaitan: