Beza nakal dulu dan sekarang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NAKAL itu sinonim dengan lelaki terutamanya mereka yang baru menginjak usia remaja.

Sifat tersebut kadangkala nampak cool namun hakikatnya menyusahkan apabila melibatkan orang ramai.

Sebagai contoh, kes tiga remaja lelaki berusia antara 18 hingga 20 tahun yang tular videonya kerana memicit barang jualan di sebuah kedai serbaneka di Nilai, Negeri Sembilan.

Kenakalan mereka itu bukan sahaja menjadi perhatian seluruh negara malah turut mendapat kecaman ramai, khususnya warganet.

Rata-ratanya umum menganggap tindakan tiga remaja itu tidak bijak dan sengaja mencari penyakit sehingga pengusaha kedai berkenaan mendakwa kerugian RM30 akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu.

Melihatkan senario tersebut tiba-tiba terfikir pula tentang kenakalan semua orang yang ada di dunia ini terutamanya rakyat Malaysia.

Masing-masing punyai kenakalan sendiri ketika usia menginjak dewasa.

Bagaimanapun, ekspresi kenalan itu berbeza mengikut zaman masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Nampaknya, semakin maju zaman bergerak ke hadapan semakin advance ekspresi kenakalan mereka.

Kalau dulu, kenakalan lebih kepada mengenakan kawan sebaya, contohnya macam sorok barang atau mengejek bagi tujuan bergurau atau berhibur sesama sendiri.

Teruk mana sekalipun, ekspresi nakal zaman dulu biasanya hanya diketahui dalam kalangan kawan-kawan dan biasanya tidak memudaratkan diri sebaliknya menjadi bahan gelak apabila dikenang kembali.

Tapi zaman sekarang ini berbeza kerana kenakalan boleh memudaratkan diri dan membawa kepada kerosakan masa depan dan moral mereka.

Lebih teruk kenakalan mereka itu juga cepat tersebar dan diketahui umum kerana masing-masing terlalu bangga mahu menunjukkan apa yang telah dilakukan selain mahu menarik perhatian ramai kononnya 'aku cool'.Sudahnya badan menanggung derita akibat perbuatan tersebut.

Bila rujuk balik kes tiga remaja tadi, nampak sangat ekspresi nakal mereka itu tidak berbaloi kerana sikap yang sepatutnya menjadi bahan jenaka sesama sendiri itu akhirnya membawa padah sehingga menjerumuskan mereka kepada perlakuan jenayah.