X

Kindly register in order to view this article
!

Bekerja lebih kuat atau berhenti

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Pemegang saham syarikat FGV Holdings Bhd (FGV) telah memberikan isyarat yang cukup jelas dan kuat kepada para pengarah syarikat berkenaan sama ada bekerja lebih kuat atau berhenti.

Menurut sumber yang rapat dengan syarikat tersebut, prestasi syarikat itu berada dalam keadaan teruk apabila mencatatkan kerugian pada tahun lalu dengan nilai saham terendah dalam sejarah.

“Kami percaya apabila syarikat dalam keadaan kritikal, lembaga pengarah kena bersabar. Ini kerana bayaran kepada mereka sangat tinggi,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kata sumber itu lagi, Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid pada satu sesi town hall dengan semua kakitangan syarikat berkenaan pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan mengambil sebarang yuran dan manfaat jika keadaan syarikat itu belum pulih.

Menurut sumber, pemegang saham mahu supaya ahli lembaga pengarah FGV melakukan sesuatu bagi memastikan syarikat itu kembali mencatatkan keuntungan.

"Ini sudah tentu memerlukan pengorbanan tetapi pengorbanan mereka ini tidak sama seperti pengorbanan peneroka kerana peneroka lagi sengsara," katanya.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV kelmarin, tiga pemegang saham terbesar syarikat itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan 33.7 peratus kepentingan, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) (5 peratus) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (1.25 peratus) menolak resolusi mengenai pakej bayaran ahli lembaga pengarah.

Resolusi itu bertujuan mendapatkan kelulusan berhubung pembayaran yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, bayaran yuran pengarah bagi tarikh 26 Jun 2019 sehingga AGM seterusnya dan bayaran manfaat yang boleh dibuat bagi tempoh 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!