Rumah 'hadiah' arwah datuk dihempap pokok durian

Nor Azman menunjukkan rumahnya yang rosak akibat ditimpa pokok durian dalam kejadian ribut semalam.
Nor Azman menunjukkan rumahnya yang rosak akibat ditimpa pokok durian dalam kejadian ribut semalam.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sepuluh buah rumah di sekitar Kampung Gual Tualang, Lubok Stol di sini rosak selepas dipukul ribut petang semalam.

Tiupan angin kencang sekitar jam 4 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok disepanjang jalan masuk ke kampung berkenaan tumbang.

Seorang mangsa, Nor Azman Yusof, 46, berkata, ketika kejadian dia berada di kebun sayur miliknya yang terletak di Kampung Telaga Mas.

"Kejadian itu hanya diketahui sejurus pulang ke rumah selepas hujan mulai reda," katanya yang masih belum berkahwin.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba dia terkejut apabila mendapati sebatang pokok durian kampung berusia lebih 40 tahun tumbang.

No Image Caption

Katanya, pokok durian itu telah menghempap bahagian ruang tamu rumah.

"Akibat kejadian itu saya terpaksa tidur dibahagian dapur rumah buat sementara," katanya

Artikel Berkaitan:

Nor Azman berkata, rumah tersebut adalah 'hadiah' daripada arwah datuknya dan dia tinggal di situ sejak kecil.

Katanya, sebelum kejadian hatinya menjadi tidak keruan sebaik sahaja melihat ribut beserta hujan lebat turun berhampiran kawasan kebun sayurnya.

"Ketika itu sudah terdetik dihati saya memikirkan pokok durian yang terletak di belakang rumah.

"Hal ini kerana banyak pokok di kawasan sekitar kebun sayur mulai tumbang dan terbalik akibat dipukul ribut," katanya.