Sampel air di Kuala Koh diambil lagi

Kerja-kerja pengambilan sampel dari sekitar Kuala Koh diambil lagi hari ini.
Kerja-kerja pengambilan sampel dari sekitar Kuala Koh diambil lagi hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Sampel air di empat lokasi sekitar penempatan orang asli di Kuala Koh, Gua Musang diambil sekali lagi hari ini.

Pengarah Bahagian Perlaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Azizan Abu Taat berkata, ia dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang lagi tepat berkaitan punca sebenar kematian 15 suku Bateq sejak awal Mei lalu.

Menurutnya, kerja-kerja pengambilan sampel air hari ini merupakan kali ketiga dilakukan selepas pendedahan kes kematian orang asli di kawasan tersebut dan terdapat lima siri pengambilan lagi akan dibuat.

“Kita mengambil sampel di kawasan yang sama sebelum ini. Ia melibatkan kawasan air tandak, sungai digunakan penduduk, air di tempat penempatan dan juga telaga tiub.

“Kesemua sampel ini akan dihantar ke Jabatan Kimia dan kita menjangkakan keputusan lengkap pada Julai ini. Buat masa ini saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

“Timbul isu yang mengatakan sampel diambil di kawasan kering yang mengaitkan bahan-bahan tercemar tidak sampai di situ.

"Jadi kita ambil sampel lagi sekali ketika cuaca hujan,” katanya kepada media hari ini di Gua Musang.

Kerja pengambilan itu melibatkan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar serta dibantu penduduk.

Artikel Berkaitan: