Lebih banyak saman perlucutan hak daripada dana 1MDB akan difailkan

Datuk Seri Azam Baki
Datuk Seri Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata lebih banyak lagi saman bagi perlucutan hak akan difailkan terhadap individu dan entiti membabitkan dana 1MDB.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun enggan mendedahkan siapa responden terbaru itu, bila ditanya oleh media di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri prosiding bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi tujuh tuduhan rasuah bernilai SGD4.24 juta (RM12.9 juta) berhubung pelanjutan kontrak membabitkan operasi sistem visa asing.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik Latheefa Koya.

Azam menambah terdapat pihak-pihak yang terlibat telah mengembalikan wang yang mereka terima daripada dana 1MDB, menerusi peguam mereka.

Minggu lepas, suruhanjaya itu telah memfail saman terhadap 41 individu dan entiti bagi mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB. - Bernama

Artikel Berkaitan: