Merkuri tumpah dalam kelas, 6 pelajar terima rawatan

Seramai enam murid terpaksa menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami mual dan pening akibat tumpahan raksa daripada satu termometer yang pecah di Sekolah Rendah Islam Seri Ar-Rahmah Solok Gaung, Ayer Molek di sini.
Seramai enam murid terpaksa menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami mual dan pening akibat tumpahan raksa daripada satu termometer yang pecah di Sekolah Rendah Islam Seri Ar-Rahmah Solok Gaung, Ayer Molek di sini.
A
A
A

MELAKA - Seramai enam orang murid terpaksa menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami mual dan pening akibat tumpahan merkuri daripada satu termometer yang pecah di Sekolah Rendah Islam Seri Ar-Rahmah Solok Gaung, Ayer Molek di sini.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu, terdapat 25 orang murid tahun lima sedang mengikuti mata pelajaran sains di dalam bilik darjah kerana sekolah berkenaan dikatakan tidak mempunyai kemudahan makmal sains.

Termometer yang digunakan ketika sesi pembelajaran itu telah terjatuh lalu pecah.

Guru terlibat telah bertindak menghubungi pihak bomba memindahkan kesemua murid ke sebuah surau di sekolah menengah berhampiran kerana bimbangkan kesan yang mungkin berlaku akibat tumpahan merkuri itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.17 tengah hari dan sampai di lokasi kejadian 11 minit kemudian.

Menurutnya sebanyak sebuah jentera bomba serta van Bantuan Perkhidmatan dan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi.

"Anggota bomba bertindak pantas dengan melakukan kuarantin, sebelum proses menyahcemar bagi memastikan semua mangsa bebas daripada pencemaran raksa.

"Enam murid yang mengalami mual dan pening di hantar ke Klinik Kesihatan Ayer Molek menggunakan jentera EMRS dan ambulan milik Kementerian Kesihatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerja menyahcemar di lokasi kejadian selesai pada 12.53 tengah hari.