Dipukau tiga warga asing

Kedai makan milik Nor menjadi sasaran tiga individu yang memukau mangsa untuk melarikan wang tunai semalam.
Kedai makan milik Nor menjadi sasaran tiga individu yang memukau mangsa untuk melarikan wang tunai semalam.
A
A
A

SETIU - Seorang peniaga nyaris kerugian sejumlah wang selepas dipercayai dipukau tiga individu di kedai makan yang diusahakannya dekat Chalok, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 35, berkata, ketika kejadian, hanya ada pekerjanya di kedai manakala dia ada urusan di luar.

Menurut Nor, tiga individu tersebut terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki dipercayai berasal dari Timur Tengah atau Pakistan berdasarkan wajah, pertuturan dan pemakaian mereka.

“Mengikut maklumat pekerja saya, perempuan yang paling muda berusia sekitar 20an manakala seorang lagi lingkungan 50an dan lelaki berusia 40an.

“Mereka datang dengan menaiki kereta jenis Honda Arcord dengan meletakkan kereta tersebut agak jauh dari kedai,” katanya.

Nor berkata lagi, tidak lama selepas masuk ke dalam kedai, wanita berusia 50an pergi di kaunter bayaran memberitahu mahu membayar makanan barat yang telah ditempah dan diterimanya.

Menurutnya, pada awalnya pekerja tersebut hairan kerana tidak ada makanan di tangan wanita itu dan bertanya di mana makanan tersebut.

“Wanita yang tidak fasih bercakap Melayu itu memberitahu makanan itu, dia telah simpan di dalam kereta,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kata peniaga ini lagi, wanita tersebut menghulurkan not RM100 kepada pekerjanya di kaunter bayaran dan sebaik memegang wang tersebut menyebabkan pekerjanya hanya melihat apa yang dilakukan perempuan itu.