Bebaskan Hong Kong

Kumpulan protes itu berarak sambil melaungkan slogan 'Bebaskan Hong Kong daripada penjajahan China'.
Kumpulan protes itu berarak sambil melaungkan slogan 'Bebaskan Hong Kong daripada penjajahan China'.
A
A
A

HONG KONG - Sekumpulan penunjuk perasaan hari ini berarak secara aman ke 19 konsulat di tengah Hong Kong menjelang Sidang Kemuncak G-20 yang akan berlangsung selama dua hari di Jepun bermula Jumaat ini.

Demonstrasi pada kali ini adalah untuk menggesa negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah campur tangan dan memberi tekanan kepada China untuk membatalkan rang undang-undang ekstradisi kontroversi.

Mereka juga menuntut negara anggota G-20 membangkitkan isu tentang kuasa autonomi di Hong Kong.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berpakaian hitam itu berkumpul di Chater Garden sebelum mula berarak sambil memegang plakad 'Bebaskan Hong Kong daripada penjajahan China' dan 'Bebaskan Hong Kong, bantu Hong Kong'.

Kumpulan protes itu turut menyerahkan surat tentang tuntutan mereka kepada wakil setiap konsulat.

Isnin lalu, pembantu Menteri Luar China, Zhang Jun berkata, isu Hong Kong tidak akan dibincangkan di Osaka dan mereka juga tidak akan membenarkan perkara itu dibahaskan dan tiada negara boleh masuk campur dalam hal dalaman Beijing. - AFP

Artikel Berkaitan: