Petua halau lipas yang bersarang dalam kenderaan

Lipas akan bersarang dalam kenderaan selepas makanan ditinggalkan.
A
A

PERNAHKAH anda terkejut gara-gara serangga saat memandu kereta? Ia pasti mimpi ngeri buat anda. Jika anda gagal mengawal keadaan, pasti kemalangan boleh berlaku.

Kehadiran serangga seperti lipas dalam kenderaan memang sukar untuk dihapuskan. Lipas gemar bersembunyi di tempat yang gelap dan dalam persekitaran yang lembab termasuk dalam kereta anda.

Jadi, bagaimanakah caranya mahu menghalau serangga daripada bersarang dalam kereta?

Cuba anda gunakan kepingan kulit lemon dan juga minyak pudina atau peppermint, mana tahu ia berkesan.

Pertama sekali, cuba lap bahagian tersembunyi atau ceruk-ceruk di bawah bonet atau but kereta setiap kali selepas hujan atau mencuci kereta.

Kemudian, sapu minyak pudina di sekitar cermin sisi kereta untuk mencegah lipas atau labah-labah daripada memasuki kereta.

Kepingan kulit lemon pula boleh diselitkan pada saluran penghawa dingin. Ia bukan sahaja mampu menghalau serangga, bahkan kereta anda juga berbau harum!

Selamat mencuba!

Sumber: YouTube Galmatic.