X

Kindly register in order to view this article
!

3 jenis buah patut ada dalam menu lelaki

PRUN yang dicampurkan dalam oat membantu melancarkan sistem pencernaan dan menguatkan tulang.
A
A

BIARPUN terdapat banyak pilihan buah untuk dinikmati, ironinya golongan lelaki lebih cenderung menikmati buah epal atau pisang kerana menyifatkan dua buah tersebut mempunyai khasiat yang tinggi dalam membekalkan tenaga untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Benar, kandungan kalium di dalamnya membantu membentuk dan memulihkan otot pada kadar segera.

Bukan itu sahaja, pengambilan pisang setiap hari juga membekalkan tenaga khususnya buat mereka yang aktif melakukan senaman angkat berat.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa selain pisang dan epal terdapat tiga jenis buah yang boleh dimasukkan dalam senarai menu harian anda? Antaranya ialah:

Mangga

Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam buah mangga membantu menyihatkan kulit manakala jumlah fiber dan potassium pula membantu sistem penghadaman berjalan lancar.

Selain dimakan begitu sahaja, buah tersebut juga boleh dijadikan jus ataupun smoothie.

Caranya mangga dipotong bentuk kiub dan simpan di dalam peti selama beberapa jam atau semalaman. Kemudian, kisar kiub mangga berkenaan bersama susu segar rendah lemak dan yogurt asli bagi mendapatkan rasa yang enak.

Prun

Pakar penyelidik menyarankan supaya individu menikmati antara empat hingga lima biji prun setiap hari. Langkah itu bertujuan melancarkan sistem pencernaan dan menguatkan tulang.

Buah prun atau plum kering boleh dijadikan snek ringan di pejabat atau dihiris halus lalu ditabur bersama kismis dan kekacang di dalam mangkuk berisi oat.

Buah naga

Buah naga atau nama saintifiknya Hylocereus undatus bertindak sebagai pelindung bagi masalah diabetes dan proses penuaan kerana mengandungi vitamin C dan diperkaya asid lemak serta fosforus.

Kandungan antioksidan dalam buah tropika itu membantu menentang radikal bebas untuk menghalang sel kanser. Pada masa sama, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah.

Tidak salah rasanya golongan jejaka mendapatkan kondisi kulit wajah yang sihat dan cantik hanya dengan menikmati potongan buah naga.

SMOOTHIE mangga yang diperkaya vitamin A dan C  boleh menyihatkan kulit.
SMOOTHIE mangga yang diperkaya vitamin A dan C boleh menyihatkan kulit.

Selamat mencuba!

Sumber: menshealth.com


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!