X

Kindly register in order to view this article
!

Toyota Hilux, Mitsubishi Outlander ganti kereta lama

Aminuddin menyampaikan kereta kepada salah satu jabatan dan agensi kerajaan terlibat di Wisma Negeri hari ini.
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.68 juta bagi pembelian 15 kereta jenis Toyota Hilux dan Mitsubishi Outlander yang akan digunakan oleh penguat kuasa pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemilihan kereta tersebut dibuat atas dasar kegunaan yang lasak seperti masuk hutan dan jalan-jalan berbukit, selain kos penyelengaraan yang murah.

"Perolehan aset ini membabitkan 10 kereta jenis Toyota Hilux dan lima Mitsubishi Outlander yang diserahkan kepada 12 jabatan dan agensi kerajaan, bagi memudahkan pasukan penguatkuasaan menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

"Kenderaan yang sedia ada sekarang ini sudah lama dan ada yang telah uzur, menyebabkan pasukan penguat kuasa kita tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik kerana ada kereta yang selalu rosak menyebabkan kos penyelengaraan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasa Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2019 di Wisma Negeri hari ini.

Katanya, sebanyak 12 jabatan dan agensi kerajaan seperti Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, menerima kereta tersebut untuk kegunaan penguatkuasaan mereka.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa tidak membeli kenderaan tempatan seperti Proton X70, beliau memaklumkan bahawa pengunaan kereta tersebut adalah untuk kegunaan 'off road' dan lebih tahan lasak.

"Saya suka Proton X70 cantik dan canggih, tapi pengunaan kereta tersebut (Toyota Hilux dan Mitsuibishi Outlander) lebih sesuai untuk kegunaan lasak dan 'off road' seperti kerja-kerja tinjauan dalam hutan dan jalan berbukit," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus