NGO edar air kelapa

George membelah buah kelapa muda untuk diedarkan kepada petugas.
George membelah buah kelapa muda untuk diedarkan kepada petugas.
A
A
A

PASIR GUDANG - Insiden pencemaran udara di sini mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Ikhlas Johor Bahru untuk tampil menghulurkan sumbangan.

Pengerusinya, S George Wilson menyampaikan buah kelapa muda kepada para petugas di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

"Hari ini, saya bawa 300 biji buah kelapa muda dan sebelum ini pada Sabtu lepas saya bawa 100 biji buah yang sama untuk diedarkan kepada para petugas di sini (Stadium MPPG).

"Air buah kelapa muda sememangnya baik untuk kesihatan dan diharap sedikit sumbangan persatuan kami dapat membantu para petugas yang terlibat dengan insiden ini," katanya.

Para petugas di Stadium MPPG menikmati air kelapa muda yang disumbangkan oleh Persatuan Kebajikan Ikhlas Johor Bahru.
Para petugas di Stadium MPPG menikmati air kelapa muda yang disumbangkan oleh Persatuan Kebajikan Ikhlas Johor Bahru.

George memberitahu, buah kelapa muda tersebut diambil sendiri dari beberapa kampung di Pontian.

"Buah kelapa ini dibeli dengan harga RM2.80 sebiji menggunakan dana persatuan kami.

Artikel Berkaitan:

"Kami bercadang untuk terus sampaikan sumbangan sama sehingga insiden ini selesai," katanya.

Beliau berkata, ketika insiden Sungai Kim-Kim pada Mac lepas, beliau turut tampil memberikan sumbangan yang sama.

"Semasa tragedi Sungai Kim-Kim, persatuan kami turut hulurkan bantuan yang sama.

"Diharap usaha kami ini dapat diikuti oleh NGO yang lain," katanya.