Kaki budak tersepit dalam longkang

Whats
Whats
A
A
A

ULU YAM - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kirinya tersepit dalam longkang kecil berhampiran rumah jiran, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.49 petang di Kampung Pasir, mangsa berusia lapan tahun itu mengalami kecederaan lebam di bahagian buku lali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi untuk memberikan bantuan.

“Anggota bertugas menggunakan peralatan menyelamat bagi memecahkan longkang tersebut sebelum kaki kiri kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan dan mangsa mengalami sedikit lebam serta calar di bahagian buku lali," katanya.

Artikel Berkaitan: