X

Kindly register in order to view this article
!

Makanan segera kurangkan sperma

MENIKMATI makanan segera secara berlebihan boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki- Gambar hiasan
A
A

PERCAYA atau tidak, tetapi itulah realitinya.

Sukar untuk menafikan bahawa menikmati makanan segera ala Barat seperti burger keju, kentang goreng, piza dan snek ringan lebih enak berbanding semangkuk salad tanpa garam atau perasa.

Bagaimanapun, tanpa disedari tabiat pemakanan sedemikian bukan sahaja mengundang kepada masalah kesihatan, malah boleh menjejaskan tahap kesuburan golongan lelaki terutamanya, air mani.

Pakar saintis menjelaskan, diet Barat seperti menikmati hidangan daging proses, minuman manis dan bikarbonat serta makanan ringan akan menyebabkan penurunan sperma dan air mani.

Itu terbukti selepas kumpulan penyelidik daripada Sekolah Kesihatan Harvard TH Chan, melakukan kajian perbandingan antara kelompok lelaki mengamalkan diet daun salad segar dan mereka yang menikmati makanan berasaskan protein dan tenusu.

Kajian yang dijalankan terhadap 3,000 lelaki berusia antara 18 hingga 20 tahun itu mendapati lelaki vegetarian mempunyai lebih daripada 42 juta sperma, manakala mereka yang memilih makanan tidak sihat hanya memiliki 25.6 juta sperma.

Sumber: metro.co.uk