Proton cari mahasiswa miliki sifat kepimpinan melalui pertandingan

PARA pelajar universiti di seluruh negara dipelawa menyertai Intelligence That Inspires Challenge.
PARA pelajar universiti di seluruh negara dipelawa menyertai Intelligence That Inspires Challenge.
A
A
A

PROTON kini sedang mencari mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti bagi mengetuai kempen pemasaran berteraskan SUV pintar pertama di Malaysia iaitu Proton X70.

Pertandingan Intelligence That Inspires Challenge dinamakan sempena slogan Proton X70 iaitu Intelligence That Inspires. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Cabaran itu antara lain akan memberi kuasa kepada pelajar universiti untuk menganjurkan kempen pemasaran berskala besar.

Para peserta berpeluang untuk belajar dengan mengalami sendiri semua aspek perlaksanaan pelan pemasaran di samping turut membolehkan mereka membina hubungan interpersonal dan menonjolkan kreativiti.

Selain itu, Intelligence That Inspires Challenge turut mengasah kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam industri automotif yang bergerak pantas. Ia telah bermula secara rasmi pada bulan April lalu dan akan berakhir pada bulan Julai nanti.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pusingan penyingkiran, separuh akhir dan pusingan akhir. Sebanyak 51 kumpulan daripada 20 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia telah mendaftar menyertainya.

Pada tahap pertama, peserta perlu merangka pelan pemasaran bagi mengekalkan kedudukan Proton X70 sebagai SUV terbaik Malaysia dan bagaimana Proton boleh mewujudkan aktiviti melibatkan orang ramai. Daripada 51 kumpulan yang bertanding, hanya 19 kumpulan akan meneruskan cabaran ke peringkat kedua.

Peringkat akhir pula bakal berlangsung pada 23 Julai di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Para peserta akan dihakimi oleh panel pakar termasuklah mereka yang arif dalam bidang pemasaran.

Artikel Berkaitan: