Cara balas kebaikan orang lain

JIKA kita tidak mampu membalas bantuan yang dihulurkan orang lain pada saat dalam kesusahan, berdoalah kepada ALLAH SWT atas kebaikannya. -GAMBAR HIASAN.
JIKA kita tidak mampu membalas bantuan yang dihulurkan orang lain pada saat dalam kesusahan, berdoalah kepada ALLAH SWT atas kebaikannya. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

TATKALA kita dilanda kesusahan, ada hamba ALLAH yang tidak dikenali membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Namun, kita sebagai manusia yang kaya dengan adab dan budi bahasa pasti akan berasa kurang enak kerana tidak dapat membalas kebaikan individu tersebut disebabkan kekangan tertentu.

Mungkin kita pernah menghadapi situasi itu, bukan?

Sebenarnya, kita masih punya cara lain untuk membalas kebaikan orang yang membantu itu.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa menghulurkan bantuan kepadamu suatu kebaktian, maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya." (Riwayat at-Tabrani)

Hadis itu memberikan kita jalan bagaimana cara kita untuk membalas kebaikan orang lain iaitu melalui doa.

Sebenarnya, doa seorang Mukmin untuk Mukmin yang lain begitu besar manfaatnya meskipun hanya beberapa patah perkataan yang disebut.

Bahkan ia ialah pemberian terbaik berbanding yang lain.

Artikel Berkaitan:

Paling penting, jangan lupa mengucapkan terima kasih.

Apabila kita mengucapkan terima kasih kepada orang lain, ia menandakan kita bersyukur kepada ALLAH SWT.

Ia disebut di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda: "Tidak bersyukur kepada ALLAH SWT, tidaklah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia." (Riwayat Abu Daud)

Islam sebenarnya menganjurkan cara untuk membalas kebaikan dan pemberian orang lain antaranya:

1. Memuji orang tersebut.

2. Mengucapkan jazakallah khairan kepada orang tersebut.

3. Mendoakan orang itu.

Apapun, kita kena ingat, membalas kebaikan orang lain dengan doa merupakan jalan yang terakhir.

Janganlah terlalu berkira untuk kita memberikan sesuatu kepada mereka yang telah membantu kita.

Keikhlasan yang kita beri itu insya-ALLAH akan mendapat ganjaran daripada ALLAH SWT.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)