RedOne anjur karnival Premier Shop

Steven (kiri) mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menjadi keluarga RedOne yangmenawarkan pelbagai insentif kepada rakan niaganya.
Steven (kiri) mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menjadi keluarga RedOne yangmenawarkan pelbagai insentif kepada rakan niaganya.
A
A
A

KUANTAN - RedOneNetwork Wilayah Timur akan mengadakan karnival Premier Shop seluruh negeri ini selama tiga hari bermula esok.

Karnival itu akan berlangsung di Jalan Seri Dagangan, Jalan Besar, Batu 5 Jalan Gambang, di Temerloh Jalan Damai Court dan area KFC di Raub.

Pengarah Jualan Wilayah Timur, Steven Yong berkata, RedOne juga akan meneruskan program RedOne Car Bonanza 2019 iaitu BMW X1 dan Produa Aruz kepada rakan niaganya.

Menurutnya, tahun lalu dua pemenang cabutan bertuah menerima kereta Proton X70 dan Kia Picanto menerusi program itu.

“Kereta Proton X70 dimenangi Mohd Zahari, manakala Kia Picanto pula Mr Liew PS Magic dari Kota Bharu, Kelantan.

“Car Bonanza merupakan program tahunan RedOne untuk semua rakan niaga RedOne tanpa mengira jenis perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Karnival RedOne turut mendapat kerjasama Vivo Pahang yang menawarkan telefon percuma dan pelbagai hadiah misteri serta baucar diskaun.

Dalam pada itu, Steven berkata, pada tahun ini rakan niaga perlu mengumpulkan 150 pendaftaran pasca bayar untuk mendapatkan satu tiket cabutan bertuah yang akan dicabut ketika majlis makan malam tahunan di Genting Highlands tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, RedOne juga mengadakan Partner Trip Challenge yang menawarkan pakej percutian kepada rakan niaga berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

Beliau berkata, peraduan-peraduan itu berjaya menarik minat orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga RedOne.