Fattah Amin tersenarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018

FATTAH AMIN. Foto: INSTAGRAM
FATTAH AMIN. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PELAKON Fattah Amin menjadi selebriti tunggal dari Malaysia yang tersenarai dalam 100 lelaki Paling Seksi Dunia 2018, menurut laman web Starmometer.

Fattah, 28, yang menduduki tangga ke-76, Fattah mengalahkan pelakon terkenal Korea, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

Pemilihan Fattah dan 99 selebriti lelaki dunia itu berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Sementara itu, anggota kumpulan BTS dari Korea, Jungkook telah dinobatkan sebagai lelaki paling seksi tahun ini.

Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya Krist Perawat, Kai, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles, Chris Hemsworth, Channing Tatum, Jason Momoa dan pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo.

Artikel Berkaitan: