Sultan Selangor berkenan rai sambutan 50 Tahun Toyota

Sultan Sharafuddin berkenan menyempurnakan Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia di kilang pemasangan terbaharu kenderaan itu di kawasan perindustrian Bukit Raja, hari ini.
Sultan Sharafuddin berkenan menyempurnakan Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia di kilang pemasangan terbaharu kenderaan itu di kawasan perindustrian Bukit Raja, hari ini.
A
A
A

KLANG – Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia di kilang pemasangan terbaharu kenderaan itu di kawasan perindustrian Bukit Raja, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis sambutan berkenaan adalah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa; Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor China and Asia Region Tatsuro Ueda dan Pengerusi UMW Toyota Motor (UMW Toyota Motor) Sdn Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Pada majlis berkenaan, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melawat ruang pameran sambutan 50 tahun dan kilang seluas enam hektar yang dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh UMW Toyota Motor iaitu Assembly Services Sdn Bhd (ASSB).

Kilang berkenaan yang mula beroperasi sejak 2 Januari lalu merupakan kilang pemasangan kenderaan kedua syarikat automotif itu selain di Shah Alam.

Sultan Sharafuddin diiringi Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat replika kilang semasa menyempurnakan Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia di kilang pemasangan terbaharu kenderaan itu di kawasan perindustrian Bukit Raja, hari ini.
Sultan Sharafuddin diiringi Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat replika kilang semasa menyempurnakan Majlis Meraikan 50 Tahun Pengeluaran Kenderaan Toyota di Malaysia di kilang pemasangan terbaharu kenderaan itu di kawasan perindustrian Bukit Raja, hari ini.

Dalam majlis sama, UMW Toyota Motors Sdn Bhd berbesar hati mendermakan model terbaharu Toyota Yaris kepada Komuniti Muda Selangor (SAY).

Terdahulu, Hamad Kama Piah dalam sembah ucapannya berkata, banyak peristiwa bersejarah tercatat sepanjang 50 tahun pengeluaran kenderaan jenama Toyota di negara ini, sekali gus menunjukkan jalinan hubungan diplomasi yang baik antara Malaysia dan Jepun.

Katanya, ASSB antara kilang pemasangan terbesar di negara ini dan sehingga kini telah menghasilkan 1.5 juta kenderaan.

Artikel Berkaitan:

“Pertumbuhan sektor automotif ini juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dalam pelbagai bidang.

“Reputasi yang tinggi dari segi ketahanan produk dan kebolehpercayaan menjadikan kenderaan dari Jepun sentiasa mendahului jenama lain. Perkara ini dicapai menerusi pelbagai inovasi untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” katanya.

Tambah beliau, keputusan membina kilang kedua di kawasan perindustrian Bukit Raja pada 2016 dilihat mampu meningkatkan pengeluaran kenderaan syarikat itu.

“Selain itu ia adalah aset terpenting bagi mencapai hasrat Toyota untuk terus menawarkan kenderaan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya.