Bapa dua beradik hilang tampil buat laporan polis

No Image Caption
A
A
A

PONTIAN - Polis hari ini menerima laporan daripada bapa dua beradik berusia 12 dan 16 tahun yang hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah di Taman Megah di sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, laporan itu dibuat pengadu yang berusia 38 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini.

"Polis cuba mengesan dua beradik ini setelah dapat maklumat awal daripada bapa mereka.

"Tindakan awal mengesan Mohd Fairus Mohd Taufiq dan abangnya Mohd Adam Mohd Taufiq sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dua beradik tidak sampai ke sekolah dan tidak pulang ke rumah mereka di Taman Megah kelmarin dipercayai hilang.

Mereka yang berpakaian sekolah itu dilihat kali terakhir menaiki kereta Exora berwarna putih pagi kelmarin di Taman Megah.

Sinar Harian cuba menghubungi keluarga remaja dan kanak-kanak terbabit, namun mereka meminta diberikan masa dan ruang sebelum membuat sebarang kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kes dua pelajar sekolah hilang

Artikel Berkaitan: