Laporan polis sudah dibuat: PU Rizz

Pencetus Ummah, Haris
Pencetus Ummah, Haris
A
A
A

PENCETUS Ummah (PU), Rizz atau namanya Haris Ismail, 24, sudah membuat laporan polis berhubung isu penularan foto lucah miripnya di Balai Polis Sri Petaling, Selangor, pada pagi Selasa.

"Saya terkejut bila dapat tahu fasal foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi tadi. Itu bukan saya. Selepas dapat tahu saya terus pergi buat laporan polis," ujarnya sebagaimana laporan mStar Online.

Terdahulu Rizz berkata, dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin bagaimanapun dia tidak mempedulikan mesej tersebut.

"Tapi bila saya abaikan, pagi tadi saya terkejut bila tiba-tiba muncul foto lucah.

"Disebabkan itu saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya," jelasnya lagi.

Rizz didakwa netizen menerusi laman Twitter, foto tersebar itu menampakkan aksi individu terbabit sedang memegang alat sulit.

Artikel Berkaitan: