Jangan lokek hulurkan bantuan

Islam menggalakkan umatnya supaya saling tolong-menolong jika ada sesiapa yang berada dalam kesusahan. -GAMBAR HIASAN.
Islam menggalakkan umatnya supaya saling tolong-menolong jika ada sesiapa yang berada dalam kesusahan. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

APABILA ada orang meminta bantuan, tiada salahnya untuk kita menghulurkan pertolongan mengikut kemampuan.

Islam juga amat menggalakkan umatnya supaya saling tolong-menolong jika ada sesiapa yang berada dalam kesusahan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi daripada keperluannya sendiri, hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan, hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun daripada kami yang benar-benar mempunyai kelebihan." (Riwayat Muslim)

Hadis itu sebenarnya memberikan motivasi kepada kita supaya jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan.

Percayalah setiap kebaikan yang dilakukan itu pasti akan kembali kepada mereka yang melakukannya.

Mungkin pada hari ini kita menolong orang lain, namun pada saat kita memerlukan bantuan, ada orang lain yang barangkali tidak dikenali akan menghulur pula pertolongan pada kita

Apapun, kita perlu ingat bahawa bentuk bantuan itu bukan sekadar wang ringgit sahaja, tetapi juga boleh datang dalam bentuk fizikal ataupun doa.

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, ALLAH SWT tidak akan menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan ALLAH melainkan akan diangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)

Artikel Berkaitan:

​​Subhanallah begitu besarnya ganjaran yang dijanjikan ALLAH kepada mereka yang suka membantu orang lain.

Bukan sahaja harta mereka tidak akan dikurangkan, malah akan dilipat gandakan rezekinya daripada laluan yang tidak disangka-sangka.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)